Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026 | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026

Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026

 

 

·
 
SERDANG, 2026 – Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2026 berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang di Cyber Glass Hall sebagai simbol penghargaan kepada pelajar tahun akhir Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).
Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Haji Mazlan bin Lazim, Presiden Persatuan PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM) menghimpunkan barisan pengurusan universiti, tetamu kehormat, alumni serta warga KOSASS dalam meraikan jasa dan pengorbanan pelajar tahun akhir.
Menurut Pengarah Program, Muhammad Izzul Hafiz bin Zulkhibri, MASEB 2026 membawa slogan "Gema Tradisi, Nuansa Klasik", yang melambangkan penghargaan terhadap kenangan dan nilai yang telah dibina sepanjang kehidupan di kampus. Konsep klasik yang
diketengahkan menjadi simbolik penutup perjalanan bermakna para pelajar tahun akhir, disamping mengekalkan tradisi KOSASS iaitu "Datang Bersambut, Pulang Berhantar".
Pada malam penuh bermakna itu, Amirul Irfan bin Zamry Fareed dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bakti Dikenang bagi kategori Permata KOSASS atas kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah.
Suasana majlis di Cyber Glass Hall pula cukup meriah dengan dekorasi bertemakan klasik yang mewujudkan suasana
elegan, eksklusif dan penuh nostalgia. Kehadiran tetamu kehormat, barisan eksekutif serta pelajar tahun akhir menambahkan lagi seri sambutan pada malam tersebut.
Kerjasama erat daripada semua penaja telah menyumbang kepada kejayaan MASEB 2026 sebagai sebuah majlis penghargaan
yang bermakna dan berprestij buat warga KOSASS. Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malik Streams Corporation Sdn. Bhd., Segastia Sdn. Bhd., ASBA Architect Sdn. Bhd., Suria Katering Sdn. Bhd., Kelab Projek
Gempur Tani KOSASS, Perunding Abadi Sdn. Bhd., Raja Udang Mini Mart, Ayra Afeeya Kitchen, Meranti Marshal Sdn. Bhd., Alumni KOSASS Kelas 2024, Alumni KOSASS Kelas 2025, Ashima Setia Enterprise, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, dan Zuraidawati
Enterprise atas sumbangan serta sokongan yang diberikan.
Mengulas kejayaan program, Muhammad Izzul Hafiz melahirkan rasa syukur dan bangga atas komitmen seramai 265 orang eksekutif bersama 33 orang pelajar tahun akhir yang bertungkus-lumus menjayakan MASEB 2026. Beliau berharap program ini akan terus menjadi platform menghargai jasa warga KOSASS serta diperkasakan melalui perancangan yang lebih sistematik, kerjasama yang lebih erat dan pengurusan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bertemu lagi di MASEB nanti.
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 16/07/2026 | Updated: 16/07/2026 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
X, (03:58:54pm-04:03:54pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]