BENGKEL MICROSOFT WORD & EXCEL,PHOTOSHOP DAN MALAM GEMILANG AKADEMIK | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » BENGKEL MICROSOFT WORD & EXCEL,PHOTOSHOP DAN MALAM GEMILANG AKADEMIK

BENGKEL MICROSOFT WORD & EXCEL,PHOTOSHOP DAN MALAM GEMILANG AKADEMIK

Ahad,10 November 2019 KOSTAC 1.0 merupakan program anjuran Sekreteriat Akademik KOSASS di bawah bimbingan Puan Pri Chaskar telah mengadakan Bengkel Microsoft Word & Excel,Bengkel Photoshop dan juga Malam Gemilang Akademik (MGA).Tujuan kedua-dua bengkel ini diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa dan juga mahasiswi yang bukan sahaja bijak dalam akademik malahan juga celik IT dalam dunia yang serba canggih ini manakala MGA pula diadakan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester lalu.

Bengkel Microsoft Word & Excel telah dijalankan bermula pada jam 9 sehingga 11 pagi manakala Bengkel Photoshop pula dijalankan pada jam 2 sehingga 5 petang.Kedua-dua bengkel ini telah mendapat sambutan yang ramai terutamanya daripada pelajar tahun pertama.Semua tenaga pengajar yang telah dijemput merupakan pelajar KOSASS sendiri;Akmal Hikman dan Nuraqilah Fakhira bagi Bengkel Microsoft Word & Excel manakala Azlan Bin Zainal Abidin untuk Bengkel Photoshop.

Malam Gemilang Akademik telah dijalankan pada malam tersebut bermula pada pukul 9 malam.Majlis penghargaan kepada pelajar cemerlang ini telah dirasmikan sendiri oleh Dr Mursyid.

Date of Input: 12/11/2019 | Updated: 12/11/2019 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETUAH~