CYBER SAFETY AMONG STUDENTS: STEPS TO PROTECT YOURSELF IN THE ERA OF DIGITALIZATION | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » CYBER SAFETY AMONG STUDENTS: STEPS TO PROTECT YOURSELF IN THE ERA OF DIGITALIZATION

CYBER SAFETY AMONG STUDENTS: STEPS TO PROTECT YOURSELF IN THE ERA OF DIGITALIZATION

 

 

SERDANG, UPM – Pada 11 Januari 2025 telah berlangsung Forum Pendidikan Tinggi Dalam Era Siber : Perspektif Interdisiplin Tentang Etika Dan Keselamatan yang disiarkan secara lansung di saluran Youtube KOSASS iaitu KOSASS CHANNEL dan telah mendapat sambutan seramai 300 kolegiat KOSASS yang begitu bersemangat dalam menghadiri forum ini.
Program ini merupakan sebuah inisiatif anjuran Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS bagi mengukuhkan lagi pendidikan tentang keselamatan siber dalam kalangan kolegiat KOSASS. Pada era globalisasi ini, terdapat banyak ancaman siber yang berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada pemuda-pemuda terutamanya generasi kini yang banyak bergantung pada teknologi dan media sosial. Oleh itu, pentingnya untuk mengadakan program-program sebegini ini bagi menitikberatkan lagi pengetahuan sedia ada oleh kolegiat tentang keselamatan siber supaya dapat melindungi diri mereka daripada ancaman siber seperti penipuan siber dan lain-lain.
Forum yang berfokuskan isu keselamatan siber ini telah dihadiri oleh 4 barisan panel iaitu YBhg. Prof. Ts. Dr. Rusli Haji Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Lt. Kol. (PA) Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Puan Saadiatul Ibrahim yang menyandang jawatan sebagai Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan juga Tc. Encik Lee Zhi Eng yang merupakan CTO dan Pengasas Kloena Digital Sdn. Bhd. Panel-panel penceramah telah berkongsi pendapat mereka tentang keselamatan siber pada era kini. Antara topik perkongsian yang menarik ialah seperti bagaimana syarikat-syarikat dapat mempromosikan atau memastikan data yang diperoleh oleh pengguna mereka kekal selamat dan tidak dapat diakses oleh pihak luar. Forum Pendidikan Tinggi Dalam Era Siber ini kemudian telah diakhiri dengan sesi soal jawab antara panel dan penonton dimana panel-panel telah berkongsi pendapat dan pandangan mereka tentang isu dan soalan yang telah dilontarkan.
Diharapkan agar program-program yang berkaitan isu pendigitalan dapat diteruskan lagi supaya dapat memberi perspektif baharu terutamanya pada kolegiat KOSASS tentang kepentingan pendidikan keselamatan siber. Akhir kata, semoga pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian agar dapat melindungi diri dari ancaman siber dengan lebih berkesan.

Date of Input: 05/02/2025 | Updated: 05/02/2025 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
X, (11:28:43pm-11:33:43pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]