KANCAH BAKAT KOLEJ SULTAN ALAEDIIN SULEIMAN SHAH MEDAN SENI LAKON | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » KANCAH BAKAT KOLEJ SULTAN ALAEDIIN SULEIMAN SHAH MEDAN SENI LAKON

KANCAH BAKAT KOLEJ SULTAN ALAEDIIN SULEIMAN SHAH MEDAN SENI LAKON

 
Pandemik Covid-19 telah menjadi satu cabaran buat semua dalam melangsungkan kehidupan seharian terutamanya bagi menerapkan norma baharu. Exco Kesenian dan Kebudayaan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program secara dalam talian bagi membendung wabak ini daripada terus merebak seiring dengan galakan kerajaan untuk sentiasa mematuhi norma baharu. Program yang diberi nama Kancah Bakat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian pada 21 Disember 2020 hingga 30 Disember 2020. Exco Kesenian dan Kebudayaan telah memeriahkan lagi semester ini dengan mengadakan Program Kancah Bakat Kosass kategori ketiga iaitu Medan Seni Lakon. Program ini dijayakan dengan kerjasama 26 ahli jawatankuasa Kancah Bakat KOSASS serta felo pemantau Exco Kesenian dan Kebudayaan iaitu Puan Nur Hidayah Tina Abdullah dan Puan Nur Fazrina binti Ismail.
Medan Seni Lakon ialah program yang bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar dalam aspek seni lakon serta melahirkan pelapis bagi pengiat seni dalam kalangan pelajar. Medan Seni Lakon ini yang hanya terbuka kepada warga KOSASS sahaja dan telah mendapat 11 penyertaan sepanjang sembilan hari tempoh penyediaan video. Seterusnya, terdapat lima finalis yang telah diumumkan secara dalam talian manakala pemenang diumumkan pada hari penutupan iaitu pada 6 Januari 2021 bagi kesemua medan seni yang dipertandingkan.
Norma baharu ini sesungguhnya tidak menjadi halangan dalam mengadakan sesebuah program khususnya kepada kolegiat KOSASS. Sepanjang sembilan hari penyertaan dibuka, kolegiat telah menghasilkan video untuk menyertai program ini dan membuktikan bahawa mahasiswa mampu untuk berhadapan dengan cabaran masa ini. Sebelum ini, pencarian bakat dalam kalangan kolegiat dilakukan secara fizikal. Namun begitu, program ini telah menjadi satu permulaan baru kerana kolegiat dapat menyerlahkan bakat mereka secara dalam talian sahaja.
Kesimpulannya, Medan Seni Lakon ternyata memberi pengalaman baharu kepada warga KOSASS secara amnya dan jawatankuasa pelaksana Kancah Bakat KOSASS secara khususnya dalam menjalankan program secara dalam talian. Program ini juga telah membuka peluang kolegiat untuk menonjolkan bakat lakonan dan membantu Exco Kesenian dan Kebudayaan untuk mengenal pasti bakat lakonan yang ada dalam kalangan kolegiat serta mengenali mereka secara dalam talian. Semoga program seterusnya yang bakal berlangsung bukan sahaja dapat memberi impak yang sama malah lebih besar buat semua kolegiat KOSASS.
Pengarah: Nur Munirah binti Mohd Hidzer
Editor: Anis Raihana binti Ahmad

Date of Input: 08/02/2021 | Updated: 08/02/2021 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXESXA6~