MAJLI SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023 KOLEJ KEDIAMAN UPM | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » MAJLI SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023 KOLEJ KEDIAMAN UPM

MAJLI SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023 KOLEJ KEDIAMAN UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila sambutan Mega Raya Adilfitri 2023 UPM di adakan di Dewan Jauhari, KOSASS dengan disambut dalam suasana meriah dan ceria dengan kehadiran hampir 1000 tetamu yang terdiri daripada pelajar dan staf UPM. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Mohd Roslan bin Sulaiman Naib Canselor Universiti Putra Malaysia serta YBhg. Prof. Dr. Ariffin bin Abdu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

 

Peranan KOSASS adalah menyediakan logistik, kemudahan teknikal audio dan hiasan dewan mengikut tema suasana hari raya. Selain itu, PTJ yang terlibat telah menyediakan minuman dan makanan dengan gabungan 13 PTJ yang terdiri daripada kolej-kolej, Pusat Kesihatan Universiti, SISPA, Palapes dan MyAgeing. Untuk makluman Puan Nurfazrina Ismail yang merupakan Pegawai Tadbir KOSASS dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kluster ini dengan dibantu oleh pegawai tadbir dan staf dari semua PTJ yang terlibat.

 

Semua PTJ yang terlibat bertungkus lumus meyediakan juadah untuk para tetamu. Antara juadah istimewa yang disediakan untuk sambutan kali ini adalah Nasi Tomato, Bihun Soto, Air Jagung dan Air Detox.

Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad selaku Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dengan penuh Muhibbah dan meriah.

Date of Input: 23/05/2023 | Updated: 23/05/2023 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbNAk~