WE REACH FOR YOU | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » WE REACH FOR YOU

WE REACH FOR YOU

    
 
 
Laporan Berita
Program UPM @ WE REACH FOR YOU (UPM @ WRFY)
 
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak lebih setahun yang lalu menyaksikan kehidupan pada masa kini terpaksa dilalui melalui norma baharu. Dalam usaha membendung penyebaran wabak covid-19, para pelajar kini perlu menjalani aktiviti pembelajaran secara dalam talian sahaja. Selain itu, sebarang aktiviti yang melibatkan sebarang sentuhan fizikal juga tidak dibenarkan.
 
Menyedari akan situasi ini, Exco Sukarelawan dan Rekreasi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah turut mengambil inisiatif dengan mengadakan beberapa aktiviti melibatkan kesukarelawanan secara dalam talian. Bagi membuka tirai program pada semester ini, Exco Sukarelawan dan Rekreasi dengan bangganya mempersembahkan program UPM @ WE REACH FOR YOU (UPM @ WRFY).
 
UPM @ WRFY merupakan sebuah program berkonsepkan sesi perkongsian daripada panel-panel yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang cukup cemerlang dalam bidang kesukarelawanan. Aktiviti kesukarelawanan kebiasaannya melibatkan pergerakan fizikal seperti memberi sumbangan kepada gelandangan, membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat. Memahami akan kekangan dalam norma baharu ini, Exco Sukarelawan dan Rekreasi memutuskan untuk menjalankan sesi secara dalam talian ini dalam usaha untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri penonton di samping mengelakkan pudarnya semangat yang ada dalam diri masyarakat dek kerana pandemik yang melanda.
 
Program UPM @ WRFY melibatkan 4 sesi berbeza dan sesi pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Disember 2020 melalui laman Facebook Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dengan tontonan secara langsung mencapai hampir 900 tontonan. Sesi yang dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Salina Anak Conder telah menarik perhatian ramai peserta dengan perkongsian beliau sepanjang menjalani aktiviti kesukarelawanan di peringkat sekolah sehingga ke universiti antaranya Feed The Homeless dan Lawatan ke Perkampungan Orang Asli. Sesi yang berlangsung selama 45 minit tersebut diteruskan dengan sesi soal jawab dan rata-rata penonton menyatakan minat untuk terlibat tetapi tidak pasti bagaimana hendak bermula. Tidak kurang juga yang ingin mengetahui inspirasi dan motivasi di sebalik penglibatan Salina serta tips dan nasihat dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan secara fizikal terutamanya.Program ini dijayakan dengan bantuan seramai 32 Jawatankuasa UPM @ WRFY dan pemantau Exco Sukarelawan dan Rekreasi iaitu Puan Hidayah Binti Mad Halid.
 
Tuntasnya, program UPM @ WE REACH FOR YOU memberikan suatu pengalaman yang cukup berharga bagi barisan Jawatankuasa UPM @ WRFY dalam mengendalikan program berskala besar secara dalam talian di samping memastikan misi dan visi Exco Sukarelawan dan Rekreasi dalam membentuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa tercapai dengan jayanya. Semoga program UPM @ WRFY menjadi penanda aras yang baharu dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan secara dalam talian di masa akan datang dan menjadi batu loncatan bagi Exco Sukarelawan dan Rekreasi KOSASS meneruskan program-program sebegini kelak.
 
Pengarah : Mohamad Hazrisham bin Ab Rahman
Editor : Nur Husnina Binti Yusuf

Date of Input: | Updated: |

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETTAN~