PROGRAM SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR KOSASS - UPM PUTRA CAKNA DI SMK MENGKARAK, BERA, PAHANG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» PUTRABAKTI » PROGRAM SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR KOSASS - UPM PUTRA CAKNA DI SMK MENGKARAK, BERA, PAHANG

PROGRAM SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR KOSASS - UPM PUTRA CAKNA DI SMK MENGKARAK, BERA, PAHANG

Pada 30 Disember 2021, Majlis Perwakilan Kolej(MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Sukarelawan Bantuan Banjir KOSASS – UPM Putra Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak di Bera, Pahang. Program ini diketuai oleh Saudara Suhairey Shah Bin Mashara selaku Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau dan dibantu oleh Sekretariat Pendanaan dan Kebajikan. Seramai 44 orang sukarelawan terdiri daripada kolegiat KOSASS dan turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dan felo-felo KOSASS yang lain.

Program sukarelawan ini bermula pada jam 10.00 pagi setibanya para sukarelawan di SMK Mengkarak, Bera sebelum para sukarelawan di bawa ke kawasan kerosakan sekolah untuk pemeriksaan lebih lanjut dan untuk menjalankan proses pembersihan. Para sukarelawan telah terlibat membersihkan kelas – kelas, perpustakaan, bilik seminar dan menguruskan sisa-sisa perabot dan barangan yang tidak boleh digunakan untuk tujuan pelupusan. Selain daripada kerja pembersihan di sekolah, pihak Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) juga telah mengagihkan sumbangan pek bantuan kepada beberapa keluarga yang terjejas di sekitar kejiranan Pekan Mengkarak. Program sukarelawan ini diakhiri dengan pemberian sumbangan khas berupa barangan asas kepada wakil pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak.

Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir sebagai usaha universiti untuk menggema seruan Al-Falah dari menara ilmu dan mencapai salah satu 5C’s of Positive Youth Development iaitu Caring bertepatan dengan slogan #PYD4KOSASS.

Editor: Ammar Zikrullah Bin Hashim
PIC: Suhairey Shah Bin Mashara

Tarikh Input: 31/12/2021 | Kemaskini: 04/01/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdXAy~