MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» PELAJAR » MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK)

MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ (MPK)

Fungsi dan Peranan MPK

Bermula pada sesi akademik 2019/2020, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) akan menggantikan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). Ahli-ahli MPK merupakan perancang dan pelaksana aktiviti secara tersusun dan berjadual (takwim aktiviti kolej) pada setiap sesi kemasukan pelajar. Tempoh pelantikan mereka selama 1 tahun dan mengikut sesi pengajian. MPK dikendalikan oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi Blok dan Exco-Exco.   

 Pemilihan MPK adalah berdasarkan panduan seperti berikut :

  1. Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu sesi pengajian.
  2. Calon pernah menyertai mana-mana kursus/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau universiti.
  3. Calon mempunyai sekurang-kurangnya CGPAS 2.75 ke atas kecuali pelajar perubatan dan kes-kes tertentu CGPA 2.5 dan juga tertakluk kepada budi bicara pengetua.
  4. Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  5. Calon tidak terikat dengan latihan industri kecuali Pelajar Perubatan.
  6. Pemilihan dan kelulusan dibuat oleh pihak pengruusan Kolej.
  7. Kriteria pemilihan setiap jawatan dalam MPK akan ditentukan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh felo dan pihak pengurusan kolej. 

Sumber: Garis Panduan Pemilihan Majlis Tertinggi Mahasiswa (UPM/KK/TAD/GP05) bertarikh 02.01.2015                            

Kemaskini:: 02/09/2019 [zulkif]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdRAj~