BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER (BESB) | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER (BESB)

BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER (BESB)

 
 
 
LAPORAN BERITA
BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER (BESB)
Persediaan dalam menyiapkan tugasan atau kerja merupakan langkah yang penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Pada 6 Disember yang lalu, Exco Komunikasi & Penerbitan bersama Exco Akademik, Majlis Perwakilan Kolej Sesi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah menganjurkan BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER secara atas talian melalui Google Meet yang telah memenuhi bilangan maksimum iaitu 50 peserta. Ini terbukti bahawa terdapat ramai pihak di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tips dan kemahiran yang berguna dalam mencapai kerja atau tugasan yang terbaik.
BASIC EDITING SKILLS FOR BEGINNER atau dikenali sebagai BESB yang telah diaturkan oleh Saudari Azmira Bt Jamaluddin selaku pengarah BESB telah membuahkan hasil dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang ingin menceburi bidang penyuntingan dalam penghasilan video dan pembentangan yang menarik. Saudari Azmira selaku pengarah BESB juga merupakan jurucakap bagi program ini dengan ilmu dan pengalamannya yang luas, beliau berbesar hati untuk berkongsi dengan para peserta mengenai tips san kemahiran dalam persediaan menghasilkan video, pembentangan, dan sebagainya.
 
Beliau telah mencadangkan beberapa aplikasi yang menarik dan mudah untuk digunakan oleh pelajar yang baharu dalam bidang penyuntingan ini. Antara aplikasi yang beliau cadangkan ialah Canva, dimana aplikasi yang ramai pelajar telah menggunakannya memandangkan aplikasi ini menyediakan templat-templat yang menarik dan juga mempunyai ciri-ciri yang pelbagai. Beliau juga telah berkongsi cara menggunakan aplikasi tersebut dan contoh yang amat jelas dan mudah difahami. Peserta juga memberi komitmen yang tinggi dalam program ini dengan melontarkan soalan-soalan yang tidak difahami di ruangan sembang. Saudari Azmira tidak terlepas untuk menjawab semua soalan yang diberikan dengan jawapan yang amat jelas dan difahami oleh para peserta.
 
Kesimpulannya, program BESB ini ternyata memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada peserta. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan jumlah peserta yang menyertai program ini juga telah menjadi luar jangkaan kami. Jika sebelum ini para peserta tidak mempunyai kemahiran yang tinggi mengenai penyuntingan video atau pembentangan untuk penyiapan tugasan, melalui BESB kami berjaya mendedahkan kepada peserta mengenai tips yang berguna dan kemahiran yang mudah diaplikasikan. Oleh itu, kami berharap agar para peserta menghargai ilmu yang telah dikongsi dan mengaplikasikannya dengan baik dalam mengerjakan tugasan atau kerja.
 
Pengarah: Azmira binti Jamaluddin
Editor: Nur Faradilla binti Mohd Sabri

Date of Input: | Updated: |

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdMAt~