Building Evacuation Exercise 2023 | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » Building Evacuation Exercise 2023

Building Evacuation Exercise 2023

 
 
 
 
 
 
 
 
Sekretariat Integriti dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mengadakan Taklimat dan Latihan Pengungsian Bangunan 2023 pada 7 November 2023 (Selasa) bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Zon A. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga kolej mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran di kolej serta persediaan awal sekiranya berlaku situasi kebakaran pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
Bagi membantu kelancaran program ini, pasukan Emergency Response Team (ERT) yang terdiri daripada pengurusan KOSASS, barisan Felo, barisan Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024 dan juga ahli kelab KOSASS Anti-Drug Society telah bersama-sama menyumbang tenaga membantu melicinkan program. Latihan kecemasan ini dilakukan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dipantau oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA).
 
 
 
Berkat usaha kesemua pihak, OSHA telah mengesahkan bahawa KOSASS mendapat keputusan Memuaskan bagi Latihan Pengungsian Bangunan 2023. Tambahan pula, pihak OSHA memuji secara keseluruhan atas komitmen yang diberikan oleh pasukan ERT. Pengarah, Muhammad Fathi Fitri bin Md Fadzil berkata beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan ERT atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh kesemua pihak dalam merealisasikan Latihan Pengungsian Bangunan 2023.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar ia menjadi salah satu medium kepada kolegiat untuk menambah pengetahuan dalam langkah-langkah keselamatan diri sekiranya berlaku kebakaran di kawasan kolej.
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
Sekian, terima kasih.

Date of Input: 09/11/2023 | Updated: 09/11/2023 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbWAl~