JOM KIBAR JALUR GEMILANG | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » JOM KIBAR JALUR GEMILANG

JOM KIBAR JALUR GEMILANG

 

JOM KIBAR JALUR GEMILANG

 

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66, menandakan sudah lebih enam dekad rakyat menikmati kebebasan dan keamanan sejak laungan keramat "Merdeka" pada tanggal 31 Ogos 1957

Kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang bermula di seluruh negara pada 16 Julai lepas, membuatkan kemeriahan sambutan sedikit sebanyak mula dirasai.

Tidak ketinggalan juga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah mengambil peluang dan ruang untuk mendalami erti sebenar kemerdekaan agar semangat patriotisme dan cintakan tanah air dapat disemarakkan dalam diri masing-masing dengan kibaran jalur gemilang.

Sudah pasti seluruh warga Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan para pejuang dan pengasas negara yang telah menumpahkan seluruh kesetiaan, darah dan air mata untuk mendirikan sebuah negara yang majmuk.

 

 

Date of Input: 10/08/2023 | Updated: 10/08/2023 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEcDAT~