KOSASS LEADER'S LEGACY | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » KOSASS LEADER'S LEGACY

KOSASS LEADER'S LEGACY

SERDANG, UPM- Pada 30 Jun 2024, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yaasin dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Sesi 2024/2025. Majlis yang bertempat di Balai Minda, KOSASS ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Lt. Kol. (PA) Prof. Madya Dr Amini Amir Abdullah dan turut dihadiri oleh Pengurusan KOSASS, barisan felo serta barisan Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024. Majlis ini juga telah disiarkan secara langsung di platform sosial media KOSASS yang juga mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk melantik Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2024/2025 serta memberi penghargaan kepada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2023/2024 atas komitmen dan bakti mereka sepanjang menjalankan tugas. Di dalam ucapan beliau, PRK Muhammad Ikbal Herman, Mantan Presiden MPK Sesi 2023/2024 berkata “MPK bukan sahaja organisasi yang menjadi penghubung antara kolegiat dan pihak pengurusan kolej, tetapi juga sebagai panduan kepada kolegiat.” Oleh itu, beliau berkata MPK haruslah seorang yang berdedikasi, ramah mesra dan menjaga hubungan baik bersama kolegiat, felo dan pihak pengurusan kolej. Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada barisan MPK sesi 2023/2024 sebagai tanda penghargaan sepanjang menjalankan tugas, mencurahkan bakti kepada kolej sepanjang sesi mereka berlangsung.
Seramai 40 orang barisan MPK Sesi 2024/2025 telah dilantik yang dipimpin oleh saudara Hakimie Nazrul Hisyam selaku Presiden MPK sesi 2024/2025. Majlis Watikah ini disempurnakan lagi dengan upacara tandatangan penyerahan tugas dan pemakaian tanjak kepada saudara Hakimie Nazrul Hisyam sebagai Presiden MPK sesi 2024/2025. “Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada barisan kepimpinan sesi 2024/2025 yang terpilih dan sudi untuk bersama-sama berganding bahu untuk membawa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah ke puncak kecemerlangan.” kata saudara Hakimie Nazrul Hisyam dalam ucapan beliau. Besar harapan beliau agar dengan tanggungjawab ini agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh. Beliau juga menekankan tentang aspirasi beliau untuk barisan MPK sesi 2024/2025 untuk menjadi pemimpin yang komited dan mudah bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat membuahkan hasil yang berkualiti dan tugas dapat dilaksanakan dengan lancar.
Penghargaan diberikan kepada mantan MPK sesi 2023/2024 yang telah disampaikan oleh Ketua Felo, En. Ahmad Alfan Hidayat Ahmad Khalili diikuti dengan tayangan video montaj sebagai kenang-kenangan buat barisan MPK sesi 2023/2024. Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan demi kolej sepanjang tempoh bertugas adalah tidak terhingga. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang menggalas tugas ini diharapkan dapat membentuk seorang pemimpin dan digunakan untuk cabaran yang akan dihadapi di masa hadapan.
Akhir kata, diharapkan agar barisan MPK sesi 2024/2025 dapat menjalankan tugas dengan baik disamping menjaga kebajikan kolej dan kolegiat. Semoga perjuangan yang bakal dihadapi ini memberi seribu pengalaman serta ilmu agar dapat melahirkan insan yang holistik bukan sahaja dari segi akademik namun juga dalam bidang kepimpinan.
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 08/08/2024 | Updated: 08/08/2024 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
S, (09:10:46pm-09:15:46pm, 18 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]