KOSASS SKETCHES SUCCESS, CONQUER THE BASKETBALL STAGE | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » KOSASS SKETCHES SUCCESS, CONQUER THE BASKETBALL STAGE

KOSASS SKETCHES SUCCESS, CONQUER THE BASKETBALL STAGE

 
 
 
 
 
SERDANG, UPM - Pada 20 Disember 2024 di Dewan Serbaguna Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Pasukan Bola Keranjang Wanita Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah merangkul johan dalam Kejohanan Sukan Kolej (SUKPRA) sesi 2024/2025. KOSASS berjaya memperoleh kemenangan tipis 14-13 menentang Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) di peringkat separuh akhir. Dengan penampilan sembilan wakil kolej yang kompeten, mereka berjaya merangkul johan dengan menewaskan Kolej Pendeta Za'Ba (KPZ) dengan skor 28-27.
Ketika ditemu bual, pengurus pasukan wanita KOSASS A, Nurul Farah Aliyah binti Mohd Fauzi itu berkata , sebelum kejohanan, mereka menghadapi beberapa kesukaran untuk mencari pemain yang sesuai dan juga atlet pasukan yang kurang berkomunikasi antara satu sama lain semasa kejohanan berlangsung. Namun, mereka tetap berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan memperolehi tempat pertama.
Antara persiapan yang dilaksanakan oleh pasukan sebelum kejohanan ialah mereka mengadakan latihan pada setiap hari bermula dari jam lima petang hingga tujuh malam. Latihan ini dimulakan dengan latihan asas dan kemudian diteruskan dengan perlawanan antara atlet pasukan untuk tajamkan lagi pergerakkan atlet. Sebelum para atlet bersurai, jurulatih pasukan memberi sedikit ilmu tambahan dan juga perbincangan untuk mengenal pasti kesilapan dan kekurangan setiap atlet.
Pasukan ini berjaya mara ke hadapan kerana setiap ahli mempunyai asas bola keranjang yang memudahkan lagi permainan pasukan. Hal ini kerana jurulatih pasukan lebih mementingkan dan fokus kepada asas permainan semasa latihan dan ini memudahkan pasukan untuk bekerjasama semasa permainan berlangsung terutamanya dari aspek pertahanan.
Pengurus pasukan meluahkan perasaan teruja dan gementar semasa perlawanan berlangsung kerana ini merupakan kali pertama menyandang jawatan tersebut. Tambah beliau, “Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk mendapat pengalaman yang susah dan jarang dapat”.
Akhir sekali, pencapaian pasukan ini harus dibanggakan kerana berjaya mengharumkan nama KOSASS. Oleh itu, diharap agar pasukan ini dapat mengekalkan kekuatan mereka sebagai satu pasukan agar pada pertandingan seterusnya, KOSASS tetap akan digelar johan.
 
 
Sekian, terima kasih.
"Pintar, Harmoni, Cemerlang"
 

Date of Input: 03/02/2025 | Updated: 23/02/2026 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (05:22:12am-05:27:12am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]