PENDAFTARAN PELAJAR KELUAR KOLEJ SEMESTER PERTAMA SESI 2019/2020 | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » PENDAFTARAN PELAJAR KELUAR KOLEJ SEMESTER PERTAMA SESI 2019/2020

PENDAFTARAN PELAJAR KELUAR KOLEJ SEMESTER PERTAMA SESI 2019/2020

11 & 12 Januari 2020 - Pendaftaran Pelajar Keluar Kolej atau pemulangan kunci bilik oleh pelajar telah berjalan dengan lancar hasil bantuan staf Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) bersama Barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta pelajar dari Program Khidmat Pelajar (PKP). Pendaftaran keluar pelajar KOSASS bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang 2 hari berturut-turut di Lobi Pejabat Am KOSASS.

    

Barisan MPK dan PKP telah dibahagikan tugas di blok masing-masing bagi memastikan pelajar keluar dari bilik dalam keadaan yang bersih dan berkunci pada hari tersebut. Setelah mendapat pengesahan daripada wakil pelajar yang bertugas, staf akan meneruskan proses pendaftaran keluar pelajar tersebut di Pejabat AM KOSASS. Seramai 1113 pelajar Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mendaftar keluar kolej pada hari tersebut. 

    

Kaunter sewa penginapan turut dibuka pada 12 Januari 2020 (Ahad) untuk pelajar-pelajar yang tidak pulang ke kampung sepanjang cuti semester ini. Cuti semester bermula 13 Januari 2020 sehingga 9 Februari 2020. Sewa penginapan bilik biasa di KOSASS adalah berharga RM 4.00/hari bagi pelajar Bacelor dan RM 5.50/hari bagi pelajar Master/PHD.

Date of Input: 31/01/2020 | Updated: 31/01/2020 | marlisha

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7384/ 7382
-
C1591461335