PROGRAM KASIH RAMADHAN AL-FALAH@KOSASS | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » PROGRAM KASIH RAMADHAN AL-FALAH@KOSASS

PROGRAM KASIH RAMADHAN AL-FALAH@KOSASS

Bulan Ramadhan yang tiba pada setiap tahun merupakan bulan yang diwajibkan berpuasa oleh semua umat Islam. Dengan kedatangan bulan yang mulia ini, Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 telah mengadakan Program Kasih Ramadhan Al-Falah@KOSASS yang merupakan sebuah program kerohanian dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, MPK Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah KOSASS Sesi 2022/2023, Pengurusan KOSASS, Persatuan Alumni PALAPES U-Putra, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM. Antara subprogram yang dilaksanakan di bawah program Kasih Ramadhan Al-Falah@KOSASS ialah Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana yang diadakan pada 16 April 2023 di dewan Jauhari, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Penglibatan peserta dianggarkan seramai 150 penyertaan dan terbuka kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan dan keutuhan sahsiah peribadi mahasiswa UPM agar cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai. Seterusnya, bagi mendidik dan membentuk mahasiswa yang berilmu pengetahuan sehingga dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program ini juga merupakan satu inisiatif bagi meraikan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Harapan kami agar mahasiswa UPM mendapat ilmu yang bermanfaat, dan mengamalkan serta menyebarkannya kepada pelajar lain yang tidak berkesempatan menyertai program ini. Semoga dengan pelaksanaan program ini mampu membentuk mahasiswa menjadi seorang muslim dan muslimat yang celik ilmu agama agar dapat memantapkan lagi ibadah seharian mereka serta cemerlang di dunia dan akhirat. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim dari Yayasan Basmi Kemiskinan serama 20 orang pelajar. Pihak KOSASS juga telah memberi cenderahati kepada anak-anak yatim sebagai penghargaan dan sumbangan atas kehadiran pihak YBK dan berharap agar ukhuwah terjalin erat khususnya pada bulan Ramadan yang penuh mulia. Semoga dengan pelaksanaan program ini, mahasiswa UPM dapat meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam dan menyemai semangat ukhuwah serta pegangan yang utuh sebagai umat Islam. Sesi bergambar juga telah diambil bersama-sama anak-anak yatim Yayasan Basmi Kemiskinan bersama kolegiat KOSASS sebagai kenang-kenangan. Akhir program, diadakan jamuan iftar perdana beserta solat Maghrib dan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Secara keseluruhannya, program Majlis Khatam Quran dan Iftar Perdana ini telah disambut baik bukan sahaja dalam kalangan kolegiat KOSASS, malah turut mendapat respon yang positif daripada pengetua KOSASS dan pengerusi YBK dalam ucapan masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana, program seperti ini wajar dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi semangat membaca Al Quran serta berkongsi rezeki bersama sama anak yatim. Program ini juga telah berjaya mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan termasuklah tumpuan utama program dijalankan adalah untuk melahirkan masyarakat berukhuwah Islamiah dalam warga KOSASS melalui konsep perpaduan ummah di samping membentuk sebuah organisasi yang bersatu padu agar dapat meningkatkan prestasi kolej dalam kalangan kolej kediaman. Di samping itu, kolegiat turut dapat menghayati akan cara sebenar menjalinkan hubungan sesama insan mengikut Islam tanpa mengira identiti masing-masing.

Date of Input: 29/05/2023 | Updated: 29/05/2023 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEZOAb~