UPM Serdang – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan Program Adik Celik Ilmu @ KOSASS yang melibatkan penyertan daripada pegawai dan kanak-kanak dari Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE). Program ini telah dijalankan pada 27 Jun 2024 bertempat di Dewan Kenyalang dan dirasmikan oleh Pengetua KOSASS iaitu Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah. Program Adik Celik Ilmu @ KOSASS berkonsepkan bedah buku untuk kanak-kanak dalam Bahasa melayu yang di sampaikan oleh Puan Nur Fazrina Ismail, Pegawai Tadbir dan Encik Muhamad Firdaus Masnan, Pembantu Operasi (KOSASS).

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa melayu yang baik dan betul dalam kalangan kanak-kanak di samping dapat meningkatkan keberanian mereka berinteraksi di hadapan orang ramai. Program ini juga secara tidak langsung dapat memartabatkan Bahsa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara.

Dalam program yang sama juga di adakan sesi soal jawab yang bertemakan “Sang Kancil dan Kura-kura” dimana cara penyampaian yang menarik dapat menarik minat kanak-kanak mendengar cerita yang sedang disampaikan dengan penuh minat.
Date of Input: 10/07/2024 | Updated: 10/07/2024 | zulkif

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.