READ@UNI: PROGRAM RESENSI BUKU @ KOSASS
UPM Serdang – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan Program Rensasi Buku @ KOSASS yang melibatkan penyertan daripada anak-anak staf KOSASS. Program ini berkonsepkan bedah buku dalam Bahasa melayu secara sukarela dikalangan kanak-kanak.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa melayu yang baik dan betul dalam kalangan kanak-kanak di samping dapat meningkatkan keberanian mereka bercerita di hadapan orang ramai. Program ini juga secara tidak langsung dapat memartabatkan Bahsa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara.
Dalam program yang sama juga di adakan pertandingan mewarna yang bertemakan “Buku Dibaca Ilmu Dijana” dimana pertandingan dapat menarik minat kanak-kanak dengan pengetahuan dan kepentingan mencari ilmu serta dapat memberikan terapi warna kepada kanak-kanak.

Date of Input: 12/06/2024 | Updated: 12/06/2024 | zulkif

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.