SERDANG, UPM- Sesi pendaftaran pelajar baharu Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2024/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Oktober 2024 (Sabtu) yang lepas. Seramai 439 pelajar baharu, iaitu 147 orang pelajar lelaki dan 292 orang pelajar telah mendaftar di KOSASS. KOSASS juga turut menerima seorang pelajar perempuan yang berkelainan upaya (OKU) dan telah ditempatkan di blok Raja Udang.
Pendaftaran didapati berjalan dengan lancar walapun pihak KOSASS telah menerima sejumlah bilangan pelajar dan ibubapa yang ramai secara serentak pada waktu pagi menyebabkan kawasan pendaftaran dan menunggu agak sesak namun masih terkawal.
Sesi pendaftaran kali ini turut dikendalikan oleh barisan Fasilitator Putra yang membantu urusan mengawal lalu lintas, membantu urusan pengendalian barang menaiki bas dan lain-lain sekaligus memudahkan urusan para pelajar baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke Univerisiti Putra Malaysia ini.
Sesi temubual turut dijalankan bersama beberapa orang pelajar baharu dan rata-rata mereka menyatakan bahawa proses pendaftaran dari kaunter ke kaunter adalah lancar dan cepat. “Fasilitator juga banyak membantu memudahkan urusan kami seperti mengangkat barang terutamanya bagi kami pelajar-pelajar yang mendapat blok di kawasan yang sedikit jauh dari dewan pendaftaran.” ujar salah seorang daripada pelajar baharu yang ditemubual.
Selari dengan tradisi KOSASS iaitu “Datang Bersambut. Pulang Berhantar”, warga KOSASS berharap agar kemasukan pelajar baharu akan membuatkan pelajar terus berasa dialu-alukan sekali gus meneruskan tradisi ini pada sesi seterusnya.
Date of Input: 24/10/2024 |
Updated: 23/02/2026 | zulkif
MEDIA SHARING