Sponsorship Science Secrets | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » Sponsorship Science Secrets

Sponsorship Science Secrets

 
 
 
 
 
Rahsia Ilmu Penajaan
 
Sekretariat Pendanaan dan Perhubungan Luar, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mengadakan program Rahsia Ilmu Penajaan pada 10 November 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Kenyalang, KOSASS Zon B. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang langkah-langkah bagi mendapatkan tajaan kepada kolegiat KOSASS khususnya pelajar Tahun 1.
Program ini telah dihadiri oleh Puan Aida Fitri Peli, Pegawai Tadbir Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia, yang juga merupakan panel bagi program ini telah mengupas tentang ilmu berkaitan dengan pendanaan. Tidak lupa juga barisan felo, MPK dan kolegiat KOSASS yang turut hadir bagi menjayakan program ini.
 
 
Puan Aida Fitri Peli berkata, “Jika anda ingin menjadi mahasiswa yang terbaik, menjadi ahli pendanaan adalah permulaan yang tepat kerana ia akan menjadi cabaran kepada anda sebagai seorang mahasiswa.” beliau juga berharap agar kolegiat KOSASS boleh berdiri dengan sendiri untuk membina pangkalan data supaya dapat berhubung dengan alumni atau penaja-penaja yang berpotensi. Antara perkara penting yang Puan Aida tekankan dalam program ini adalah kriteria yang perlu ada dalam diri seorang pelajar yang menguruskan pendanaan iaitu hati yang tenang apabila menguruskan kerja-kerja pendanaan. Kemahiran untuk berunding juga adalah salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada jawatankuasa penajaan. “Untuk meningkatkan kemahiran berunding, pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti penulisan surat, berita, laporan dan media. Pelajar juga boleh melayari internet berkaitan cara untuk menulis emel secara profesional untuk memohon tajaan.” kata Puan Aida Fitri Peli.
 
 
 
Muhammad Farhan Bin Osman selaku pengarah bagi program ini juga ada berkata “ilmu penajaan ini amat penting terutamanya apabila pelajar-pelajar menamatkan pengajian kerana mereka dapat membina hubungan luar bersama penaja-penaja daripada syarikat berpotensi. Menurut beliau juga, objektif bagi program ini telah tercapai kerana ilmu yang disampaikan oleh panel jemputan telah memberi impak kepada kolegiat KOSASS mengenai ilmu penajaan. Tambahan pula, respon dan semangat yang ditunjukkan oleh kolegiat semasa sesi soal jawab serta jawapan yang diberikan oleh Puan Aida Fitri Peli yang mudah difahami oleh pelajar membolehkan program ini dijalankan dengan jayanya. “Sebagai seorang Jawatankuasa pendanaan, anda perlulah yakin walaupun tidak mencapai target untuk penajaan yang ditetapkan kerana ilmu penajaan ini boleh diaplikasikan untuk masa akan datang supaya boleh dapatkan tajaan yang lebih besar.” nasihat Muhammad Farhan Bin Osman kepada pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti pendanaan.
Dengan adanya program Rahsia Ilmu Penajaan ini diharapkan supaya, pelajar-pelajar dapat mengambil input penting daripada program ini dan mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan untuk mendapatkan tajaan khususnya daripada syarikat-syarikat luar.
 
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
 
Sekian, terima kasih.
"Pintar, Harmoni, Cemerlang"
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Date of Input: 14/11/2023 | Updated: 14/11/2023 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbXAD~