VIRTUAL SPONSORSHIP TALK | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » VIRTUAL SPONSORSHIP TALK

VIRTUAL SPONSORSHIP TALK

Aktiviti mengumpul dan mendapatkan dana dan tajaan adalah salah satu tugas yang agak berat bagi ahli jawatankuasa (AJK) sesuatu program. Pada 21 November yang lalu, Exco Pendanaan Majlis Perwakilan Kolej Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah menganjurkan Virtual Sponsorship Talk secara atas talian melalui aplikasi Facebook Live yang telah meraih tontonan 220 tontonan. Ini terbukti bahawa terdapat ramai pihak di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu pendanaan.
 
 
Virtual Sponsorship Talk ataupun lebih dikenali sebagai VST yang telah diaturkan oleh Saudari Fauziah Binti Pathorrasi selaku pengarah VST telah membuahkan hasil dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendanaan dalam menjalankan sesuatu program. Encik Husalshah Rizal Bin Hussian merupakan penceramah jemputan bagi program ini. Dengan ilmu dan pengalaman yang luas mengenai pendanaan, beliau telah berkongsi dengan para penonton mengenai perkara-perkara asas mengenai pendanaan. Encik Husalshah ada mengatakan “Tugas dalam pendanaan bukanlah sesuatu yang harus kita takutkan. Ia menjadi satu tugas yang ramai pihak sangkakan berat kerana harus berurusan dengan pihak luar, namun ia adalah kunci untuk kita lebih mengenali dunia luar dan bagaimana ia bekerja.” Kata-kata ini sudah lebih daripada menjelaskan bahawa pendanaan adalah satu tugas yang meluaskan ilmu kita mengenai dunia luar.
Pada 21 November 2020, Encik Husalshah telah banyak menerima soalan yang menarik berkaitan dengan pendanaan melalui ruangan komen. Antara soalan yang dikemukakan penonton adalah “Macam mana untuk berdepan dengan klien yang cerewet”, “Apakah eituquette asas untuk berhadapan dengan klien”, “bagaimana ingin menghubungi klien yang sudah 3 hari tidak memberi apa-apa khabar mengenai permohonan pendanaan kita” dan banyak lagi. Encik Husalshah menjawab semua soalan ini dengan jelas dan ia mengukuhkan lagi pemahaman penonton mengenai pendanaan.
Secara konklusinya, program VST ini ternyata memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada penonton. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan jumlah penonton yang menyertai program ini juga telah jauh malangkaui sasaran yang telah ditetapkan. Jika sebelum ini ilmu pendanaan bukanlah sesuatu yang sering diberi perhatian dan dititikberatkan, melalui VST kami berjaya mendedahkan kepada ramai pihak mengenai kepentingan mempunyai pengetahuan berkaitan pendanaan. Oleh itu, kami berharap agar para penonton menghargai ilmu yang telah dikongsi dan mengaplikasikannya dengan baik pada masa hadapan.
Pengarah: Fauziah Binti Pathorrasi
Editor: Noorfitri Aliah Binti Ramli

Date of Input: 07/12/2020 | Updated: 07/12/2020 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEYDAO~