WE REACH FOR YOU | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » WE REACH FOR YOU

WE REACH FOR YOU

  
 
    
 
LAPORAN UPM @ WE REACH FOR YOU
 
Penularan wabak coronavirus-19 atau juga dikenali sebagai covid-19 ini telah menjejaskan hampir keseluruhan aktiviti harian kita. Kita dapat saksikan penularan virus ini merebak dengan sangat pantas. Jika dahulu ia bermula di China, kini ia sudah berada di seluruh negara. Sektor pendidikan juga terpaksa menerima tempias daripada virus ini. Kebanyakan sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup. Oleh itu, para pelajar hanya boleh menjalankan proses pembelajaran secara dalam talian sahaja. Sebarang aktiviti pembelajaran secara bersemuka terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
 
Pada tanggal 17 Disember 2020 telah berlangsungnya program UPM @ WE REACH FOR YOU bagi sesi kedua. Program ini dilaksanakan dengan menggunakan laman Facebook rasmi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Pada sesi kali ini tetamu yang diundang ialah saudara Ameerul Anas bin Awalludin. Beliau sangat aktif menyertai aktiviti kesukarelawanan. Penglibatannya dalam bidang sukarelawan ini bermula pada tahun 2016 apabila beliau menyertai aktiviti SAB English Workshop. Penglibatan beliau dalam bidang sukarelawan ini bukan sahaja di dalam Malaysia. Malahan, beliau turut ke luar negara untuk melaksanakan program-program yang berbentuk kesukarelawanan ini. Selain berkongsi pengalaman beliau dalam bidang sukarelawan, beliau turut berkongsi tips dan beberapa maklumat penting bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan. Sesi perkongsian ini berjalan dengan sangat baik dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Buktinya, jumlah tontonan pada sesi kedua ialah sebanyak 1200 tontonan. Jumlah ini meningkat daripada sesi pertama. Pada akhir sesi perkongsian ini telah dibuat satu sesi soal jawab bersama tetamu jemputan. Sesi soal jawab ini juga mendapat sambutan yang sangat baik. Banyak soalan yang dikemukakan oleh penonton dan terdapat juga komentar yang menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan program yang dijalankan serta berharap program sedemikian perlu lebih kerap dibuat kelak.Program ini dijayakan dengan bantuan seramai 32 Jawatankuasa UPM @ WRFY dan pemantau Exco Sukarelawan dan Rekreasi iaitu Puan Hidayah Binti Mad Halid.
 
Tuntasnya, program UPM @ WE REACH FOR YOU (WRFY) memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi barisan Jawatankuasa UPM @ WRFY dalam mengendalikan program berskala besar secara dalam talian di samping memastikan misi dan visi Exco Sukarelawan dan Rekreasi untuk membentuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa tercapai dengan jayanya. Semoga program UPM @ WRFY menjadi satu penanda aras yang baharu dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan secara dalam talian pada masa akan datang dan menjadi batu loncatan bagi Exco Sukarelawan dan Rekreasi KOSASS meneruskan program-program sebegini kelak.
 
Pengarah : Mohamad Hazrisham bin Ab Rahman
Editor : Nur Husnina binti Yusoff

Date of Input: | Updated: |

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
BVMTKNN:10:13