Webinar Keusahawanan Dan Bicara Alumni: Mendepani Realiti Bisnes Norma Baharu | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » Webinar Keusahawanan dan Bicara Alumni: Mendepani Realiti Bisnes Norma Baharu

Webinar Keusahawanan dan Bicara Alumni: Mendepani Realiti Bisnes Norma Baharu

Pada tanggal 15 Januari 2021 yang lalu, Exco Alumni dan Kerjaya Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah sesi 2020/2021 UPM bersama Majlis Eksekutif Pelajar Setiausaha Dan Hal Ehwal Luar Antarabangsa Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Business School Association (BESCA), Fakulti Sains Gunaan Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan program Webinar Keusahawanan dan Bicara Alumni: Mendepani Realiti Bisnes Norma Baharu secara atas talian melalui Facebook Live. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu setiap individu dalam bidang keusahawanan di samping dapat melatih individu untuk menjana strategi keusahawanan untuk diaplikasikan dalam usaha menyesuaikan diri dengan norma baharu oleh kerana wabak Covid-19 yang melanda.
Dalam program webinar ini, pelbagai ilmu keusahawanan yang menarik telah dikongsikan oleh tiga orang panel yang merupakan usahawan-usahawan muda yang berjaya. Ketiga-tiga panel tersebut merupakan alumni dari universiti yang terlibat, iaitu Puan Mahfudzah Mustafha dari UKM, Cik Rifqa Halim dari UniMAP dan Encik Hafizul Yusran dari UPM. Antara input yang dikongsikan dalam program webinar ini adalah strategi perniagaan ketika menghadapi pandemik COVID-19 ini. Banyak ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsikan oleh mereka bukan sahaja dari segi ilmu kepimpinan dan keusahawanan sahaja, malah mereka juga banyak berkongsikan cara bagi membentuk jati diri yang mantap serta mental dan fizikal yang kuat supaya dapat diaplikasikan apabila berkecimpung dalam bidang keusahawanan kelak. Dari segi penyertaan pula, program ini mendapat sambutan yang baik iaitu lebih daripada 1000 penyertaan daripada pelbagai universiti.
 
Berdasarkan program ini, jelaslah terbukti bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai kesedaran untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan serta ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, program ini ternyata telah memberikan impak yang positif buat diri para pelajar. Banyak pengetahuan, peringatan dan juga nasihat yang dikongsikan dalam program ini. Diharapkan agar program sebegini akan terus mendapat sambutan yang baik oleh kolegiat yang tidak kenal erti penat lelah lelah dalam usaha mencari pengetahuan dalam ilmu keusahawanan.
Pengarah: Muhammad Muzhaffar Syah bin Azmi
Editor: Nur Najihah binti Abdullah

Date of Input: 08/02/2021 | Updated: 08/02/2021 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdMAG~